Saturday, November 10, 2007

Horoscope hari ini

Horoscope bagi saya satu nasihat yang boleh di fikirkan. Contohnya horoscope LEO dari widget kat sebelah tu untuk hari ini berbunyi:
stop beating around the bush!! you know what you want.... just come out and say
it. staying silent achieves nothing!

Saya akan anggap ini nasihat untuk saya keluar dari keadaan low profile yang saya amalkan kebelakangan ini. Saya dah tahu apa yang saya nak, dah nampak kemana nak dituju....tinggal lagi nak melaksana dan menonjolkan diri.

Well saya kenal siapa saya, kalau saya dah start buat dan start 'mengangkat' diri saya.... saya akan selalu menonjol, selalu berjaya lebih dari yang lain.


Lokasi

Lokasi untuk memulakan projek pertanian yang akan tiba, belum lagi saya tetapkan. samada buat kat Terengganu atau di Pekan, Pahang. Kedua2 tempat ada kelebihan dan kekurangan masing2.
Bulan 12 ni ingat nak balik Pekan (rumah mertua), cuti sekolah... anak isteri sibuk nak balik ke sana. Saya akan ambil kesempatan untuk buat survey dan research kat sana. Tengok sesuai ke tidak untuk buat projek pertanian. Sambil2 tu nak kena cari rumah untuk disewa.

Mungkin ramai kawan2 bertanya, kenapa nak pindah balik ke Pahang ? kan ke baru setahun balik ke Terengganu?

Sebenarnya banyak sebab, salah satunya keluarga disana lebih perlukan saya sekarang. Satu lagi sebab, rasanya keadaan mungkin lebih menguntungkan banyak pihak jika saya berpindah ke sana.

Tapi tak tahu la, pening gak kepala.... nak pikir pasal diri sendiri, nak pikir pasal orang lain... cuma harap apa jua keputusan yang saya akan buat akan memuaskan hati semua pihak. Tak ada yang akan terluka, terguris....

Apa-apa pun saya bagi diri saya 2 minggu untuk buat keputusan.

Visi

Visi bermaksud matlamat.

Apa matlamat saya dalam dunia pertanian?

1. Menjadi seorang petani moden yang berilmu dan berpengetahuan dalam segala aspek pertanian
2. Membantu mereka yang ingin berjaya dalam pertanian
3. Membantu menjadikan sektor pertanian Malaysia antara yang terbaik di dunia
4. Menjadi salah seorang/syarikat penyedia (provider) dalam sektor pertanian
5. Menjadikan pertanian sebagai sumber kewangan hidup yang mantap, kukuh dan yang utama
6. Mengeluarkan produk-produk pertanian dan berasaskan pertanian secara komersial
7. Menjadi satu jenama penting dalam sektor pertanian

Besar cita-cita saya kan ? saya memang bercita2 tinggi :) tapi tak tahu lah dapat capai atau tidak. Harap harap sekurang2nya matlamat no1 , no 2 dan no 5 tercapai.... InsyaAllah.

Thursday, November 8, 2007

Kursus Fertigasi

Untuk buat projek fertigasi kenala ada ilmu sket2 dulu kan ?

So tadi saya ada contact En Mohd Syahmi dari GM Peladang utk tanya pasal kursus yang depa anjurkan. malangnya untuk tahun ni dah pun tamat so saya kena tunggu tahun depan.... uhuk2... lambat lagi tu (sebenarnya tak sampai 2 bulan jek hehehe cuma rasa lama sgt 2 bulan).... tapi takpe semangat saya tetap tak luntur....ni kira cabaran dan dugaan la kan ? lagipun bulan 11 dan 12 kan ke musim banjir, bukan boleh menanam pon....

Apa2pun 3,4,5 dan 6 januari depan, saya akan join kursus tersebut (yuran RM500 ! )

Selamat Datang Semua

Blog ni saya akan menjadi tempat saya berkongsi pengalaman saya dalam proses menjadi seorang petani moden.

KENAPA PERTANIAN ? BUKAN KE SAUDARA MINAT BIDANG KOMPUTER / IT ?
Sebenarnya saya minat banyak bidang..... terutamanya yang melibatkan perniagaan, yang membolehkan saya mengeluarkan segala kreativiti yang ada, yang tidak mengikut telunjuk orang 100%, yang boleh memberi banyak kebaikan dan yang penting tak 'mengikat' dari segi waktu.....

Minat dengan pertanian bermula bila mendengar tentang dunia pertanian sekarang yang mempunyai banyak peluang dan sokongan dari salah seorang bekas rakan sekerja yang sama2 ambik VSS dulu. Sejak dari tu terus jatuh cinta degan pertanian tapi malangnya tak dapat meluangkan masa sgt utk terus melibatkan diri.

Sehingga beberapa hari lepas, tengah2 termenung fikir hala tuju hidup..... teringat balik pasal projek lada dan fertigasi yang selalu diangankan. So keesokannya terus search kat google pasal fertigasi dan lada/cili

Salah satu result search tu ialah website ni ataupun blog ni http://mohdashraf.com/

Nice blog, simple writing tapi berjaya menarik minat saya utk bertani....

Start dari tu la, banyak lagi blog2 dan website2 yang saya jumpa (heran lak, dulu tak pulak jumpa.... ). So makin la bersemangat.